Saturday, January 15, 2005

Konon lawak aa tu.. piraaaaa mabuk.. hehehhe

Berbual-bual bersama kawan adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh kita semua. Perbualan yang mempunyai unsur2 jenaka sudah pasti lebih menghiburkan. Walaubagaimanapun, ada bbrp jenis lawak yang saya sangat tidak boleh terima, kalau saya dengar lawak2 ini, saya rasa mahu sepak sahaja orang yg membuatnya ke dalam longkang. Berikut adalah scenario2 jenaka2 yang menyakitkan hati saya bangat sekali:

JENAKA TOYE#1--
(Perbualan antara dua manusia melalui telefon atau internet)
Abu: Oklah.. saya nak pi mandi ni.. tak mandi dari semalam lagi..
Jenab: Patut laaa saya boleh bau busuk dari sini..

JENAKA TOYE #2--
Ah Chong: Haiyaa.. saya lapar/bosan gila babi ni..
Chun Li: Tu laa.. saya juga... babi pun tak lapar/bosan macam ni..
**komentar: sejak bila kawan best friend ngan babi ni? hebat laa saya betul2 kagum ni.

JENAKA TOYE #3--
(Perbualan semasa sedang menonton cerita/drama/wayang etc)
Muthu: Wey wey.. kenapa dia buat camtu wey?
Gopal: Laa.. sebab director suruh laa..

Aiyoooooooooooooooooo! Saya boleh sakit jiwa la dengar lawak2 seperti ini.. Sangatlah tidak original. Tambahan pula, terlalu ramai yg membuatnya. saya sangat bingung.. tidak sanggup mendengarnya lagi! wah wah dramatik sungguh bahasa. Marilah bersama2 menghapuskan jenaka sebegini dari muka bumi ini. Larangan2 yg wajar perlu dikuatkuasakan untuk menjayakan matlamat. Kerjasama semua juga penting supaya tiada org akan disepak ke dalam longkang. Terima kasih!!

p/s: names above are for illustrative purposes only, takde kaitan ngan sapa2 jgn ngade2 nak prasan ye. hehe.

No comments: